PELAKON Idan Aedan menepis dakwaan segelintir pihak yang melabel aktres popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo seorang yang sombong atau bersikap ‘diva’ ketika berada di lokasi penggambaran.
Sebaliknya, Idan, 22, menyifatkan bintang filem itu seorang yang merendah diri dan mudah didekati sepanjang mereka bergandingan dalam filem The Fox King.
"Dia tidak bersifat diva, bahkan sangat merendah diri, tidak sombong dan mudah bekerjasama.







