PENYANYI Amira Othman mengimbau kembali pengalaman kurang menyenangkan sepanjang kehamilan anak sulungnya, Jarir Umar, ketika berkongsi kisah di sebalik pelancaran single terbaharunya yang didedikasikan buat cahaya mata itu.
Amira atau Nadia Amira Othman, 33, berkata perjalanan kehamilannya bukan mudah apabila ada individu sanggup melemparkan kata-kata tidak baik terhadap bayi yang masih dalam kandungan.
Kata Amira, dia terkilan apabila anaknya turut menjadi sasaran kecaman sedangkan bayi berkenaan tidak bersalah.








