SUSULAN dakwaan melontarkan lawak berunsur lucah, anggota kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet tampil memohon maaf kepada pelakon Nur Fazura atas tindakan tidak disengajakan itu.
Lan atau Mazlah Ahmad, 57, berkata, dia tidak menyangka gurauan yang dilontarkan boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada aktres berkenaan.
“Untuk Fazura, saya minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam tak sedar asyik melawak ada yang menyentuh hati dan perasaan Fazura,” katanya.

Lan didakwa melakukan lawak ‘double meaning’ terhadap Fazura.





