PELAWAK Yassin dijangka bakal tampil bersama anggota kumpulan Senario dalam pementasan teater Muzikal Lawak Bangsawan Mimpi Tuanku yang dijangka berlangsung pada 28 Jun depan.
Salah seorang anggota Senario iaitu Saiful Apek memberitahu dia dimaklumkan perkara tersebut oleh isteri rakannya itu.
Meskipun masih belum mendapat kepastian, namun perkara tersebut pastinya menggembirakan semua anggota Senario selepas lebih enam bulan mereka tidak bertemu Yassin.







