SELEPAS sekian lama menyepi, pelakon Azar Azmi akhirnya membuat kemunculan dan berkongsi mengenai kehidupan dan kisah rumah tangganya.
Menerusi satu klip temu bual bersama program Melodi, Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, memberitahu dia kekal bertahan dalam perkahwinan kerana anak-anak.
Malah, pelakon ini juga memberi gambaran berasa cemburu melihat kebahagiaan pasangan lain.

Azar menangis ketika berkongsi kisah peribadi.






