PELAKON Nam Ron tidak mengambil hati apabila lakonannya dikritik secara terbuka oleh seorang penonton di media sosial.
Nam Ron atau Shahili Abdan, 57, menganggap teguran tersebut sebagai perkara biasa dan menerimanya dengan hati terbuka tanpa terlalu memikirkan komen negatif yang diutarakan.
"Ya saya berlakon tak best pun dan berlebihan. Saya okey saja, tak ambil hati pun," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Nam Ron tenang dengan kritikan netizen.






