DALAM tempoh kehamilan anak ketiga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memberitahu dia tidak mengidam makanan pelik seperti kebanyakan wanita lain.
Sebaliknya, kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, dia lebih menginginkan barangan kemas sehingga sanggup ke daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, untuk menghadiahkan sendiri aksesori berharga itu kepada dirinya.
"Cerita benar, kehamilan ketiga ini lain macam. Bila dikatakan emas Kuala Pilah murah, saya mulanya tak yakin. Saya tanya di Threads dan ternyata orang Kuala Pilah kata ya.







