GEMBIRA dan sebak… Itulah yang dirasai oleh pelakon Laila Nasir apabila anak sulungnya, Badrul Mukhriz Yeop Abdullah sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Natilia Fazdina Khaizatul Fairuz, dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 6 Jun lalu.
Laila, 54, berkata, walaupun dia sudah berkali-kali membawa watak ibu pengantin dalam drama, pengalaman sebenar menyaksikan anak lelakinya melangkah ke alam perkahwinan memberikan perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Alhamdulillah, sebelum ini dah akad nikah dan hari ini pula majlis bertandang. Memang rasa sebak sebab ini anak sulung dan menantu sulung.

Badrul Mukhriz Yeop Abdullah memilih Natilia Fazdina Khaizatul Fairuz sebagai suri hatinya.






