PELAKON Aedy Ashraf terbuka berkongsi kisah silam perjalanan hidupnya yang dibesarkan tanpa kehadiran seorang bapa.
Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata ketika dia dilahirkan, bapanya tidak berada di sisi ibu kerana sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun.
“Sewaktu ibu melahirkan saya, sebagai keluarga sempurna mestilah bapa ada sekali bersama ibu di bilik bersalin. Tetapi hal itu tidak berlaku kepada saya.







