PENYANYI dan penulis lagu dari Indonesia, Allan Andersn kembali dengan single terbaharu berjudul Mau But Malu yang mengangkat kisah realiti anak muda iaitu ‘suka dalam diam’.
Menerusi lagu tersebut, Allan mempertaruhkan sentuhan city pop moden yang ringan, groovy dan mudah melekat di telinga.
Menariknya lagi, lagu ciptaan Allan itu memperlihatkan kematangan muziknya yang semakin tersusun, namun masih mengekalkan identiti pop yang sarat dengan cerita emosi serta pengalaman hidup.


Allan baharu sahaja mengadakan showcase intim di Kuala Lumpur dan Johor Bahru sempena promosi single terbaharunya.



