PENYANYI Judika memilih tiga buah lagu dari Malaysia untuk menghiburkan 12,000 penonton di konsert Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu.
Judika atau Judika Nalon Abadi Sihotang, 45, berkata, dia mahu membawakan kelainan dengan menyanyikan lagu-lagu kesukaannya yang belum pernah di tonton peminat Malaysia.
Kata Judika, setiap pilihan lagu yang dibawa mempunyai keistimewaan sendiri, lebih-lebih lagi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang dibawa versi Indonesia.

Judika menghiburkan 12,000 penonton di Kuala Lumpur.







