KEJAYAAN lagu Kalam layak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kesal apabila pencapaiannya sering menjadi pertikaian segelintir pihak.
Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang penyanyi hebat atau popular, sebaliknya kekal berada dalam industri menghasilkan karya terbaik demi peminat.
“Saya tak tahu kenapa ada pihak yang selalu mempertikaikan kejayaan saya.






