ANAK kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Putri Dahlia tampil memberi respons terhadap kecaman yang diterima di media sosial dipercayai berkait keputusan menanggalkan hijab.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, Dahlia, 21, menganggap kata-kata buruk dilemparkan terhadapnya sebagai ladang pahala percuma buatnya.

Perkongsian Dahlia di Instastory miliknya.
“Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya. Amin,” tulisnya ringkas.





