KUMPULAN X-Factor yang kembali aktif selepas hampir 20 tahun berehat, terbuka jika lagu baharu mereka berjudul Walu Walu dikritik peminat generasi muda.
Anggotanya Zach atau Zachery Franci Ubu, 49, memberitahu dia dan rakan-rakannya sedia menerima kecaman jika ada yang menganggap konsep lagu seperti itu tidak sesuai dengan usia mereka.
Malah, ketika membuat keputusan untuk aktif semula membawa nama X-Factor, mereka juga sudah bersedia berdepan pelbagai komen di media sosial.







