Hiburan

Kumbang Bunga trending di YouTube tiga negara, impian Siti Nurhaliza duet dengan Lesti tercapai

LAGU duet terbaharu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama bintang dangdut Indonesia, Lesti Kejora berjudul Kumbang Bunga mencipta kejayaan tersendiri apabila menduduki carta trending YouTube di tiga negara serantau.

Lagu tersebut kini berada di tangga ke-16 YouTube Malaysia, keempat di Indonesia dan ke-31 di Singapura dalam tempoh kurang 24 jam dilancarkan.

Kumbang Bunga yang cipta oleh Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh itu merupakan single pertama daripada album terbaharu Siti yang melambangkan persahabatan serta keharmonian dua negara serumpun yang disatukan melalui bahasa muzik.

Lagu Kumbang Bunga kini berada di tangga ke-16 YouTube Malaysia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh