SELEPAS beberapa hari menjaga kucing peliharaannya yang sakit, pelakon Nabila Huda memaklumkan haiwan kesayangannya yang diberi nama Aoki itu sudah mati pada pagi Rabu.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instastory, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, memuat naik video mengebumikan haiwan tersebut di halaman rumah mereka.
“Selamat tinggal sayang,” luahnya.

Nabila membawa Aoki ke klinik sebelum disahkan mati.






