KEJAYAAN filem Magika menjadi inspirasi kepada penubuhan sebuah taman tema berkonsepkan ‘edutainment’ yang dijangka akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Mei tahun depan.
Menurut Pengerusi Eksekutif KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim, pemilihan filem Magika itu kerana ia membawa mesej kekeluargaan dan elemen muzikal yang kuat, berbeza daripada karya lain yang lebih memfokuskan golongan muda.
“Kami melihat perlunya wujud lokasi fizikal untuk mempromosikan Magika 2. Media sosial sahaja tidak mencukupi.

Norman teruja berkongsi satu lagi pembukaan taman tema.






