Hiburan

Kontroversi ‘Old Love’ di AIM 24, Ernie Zakri bertanding ikut kriteria ditetapkan

PENYANYI Ernie Zakri enggan memanjangkan isu kontroversi berhubung kenyataan Yuji yang mempersoalkan kekalahan lagu nyanyiannya, Old Love kepada lagu Masing-Masing di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM 24) pada 13 September lalu.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata, dia yakin pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM 24 telah menjalankan tanggungjawab dengan adil dan telus berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Kata Ernie, dia memilih untuk menghormati keputusan yang telah dibuat dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh