MAY, Sofea, Bloodshed, Wicitra serta Shasha and The Boys antara kumpulan rock yang cukup digilai sekitar pertengahan 1980-an hingga pertengahan 1990-an.
Nama-nama ini pernah mencipta fenomena tersendiri, sekali gus mencetuskan gelombang ‘rock kapak’ yang membentuk identiti muzik generasi pada era tersebut.
Terbaharu, kumpulan legenda itu bakal kembali disatukan menerusi Konsert Rock Car Park yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan di Rooftop Campbell Complex, Kuala Lumpur.







