TAMPIL dengan tubuh lebih langsing, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg) demi konsert solonya yang bakal berlangsung pada 15 Ogos depan.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata penurunan berat badan daripada 80kg kepada 64kg itu adalah satu keperluan memandangkan dia perlu menyanyikan sebanyak 40 buah lagu pada konsert berkenaan.
Jelas Shila, dia menjalani latihan fizikal yang sangat lasak menyamai rutin seorang atlet demi memastikan stamina dan vokalnya berada pada tahap optimum.

Shila mahu kuruskan berat badan demi konsertnya.






