KONSERT Tsumawi Live In Kuala Lumpur yang jadualkan berlangsung pada Julai lalu secara rasmi dibatalkan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak penganjur iaitu Showtag Asia menerusi Instagram dan memohon maaf disebabkan kesulitan yang berlaku.
“Dengan berat hati kami ingin maklumkan bahawa Konsert Tsumawi 20 Mawi World Live In KL yang sepatutnya berlangsung pada 25 Januari lalu dan telah pun ditunda pada bulan Julai terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.

Konsert Tsumawi sebelum ini ditunda bagi menghormati mangsa banjir.






