KEMUNCULAN kumpulan Ruffedge dan Innuendo semasa Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta Live di Istana Budaya pada malam Sabtu menerima sorakan meriah daripada penonton.
Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, 43, berkata impiannya untuk menyatukan semula rakan artis yang sudah lama dikenalinya sejak 20 tahun lalu akhirnya tercapai.
Malah dia mengakui terlalu merindui momen beraksi sepentas bersama dua kumpulan itu.

Kemunculan Ruffedge dan Innuendo gamatkan Istana Budaya.






