PERSEMBAHAN penuh bertenaga daripada kumpulan Elite berjaya memukau kira-kira 2,000 peminat yang hadir pada konsert Elite Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Memulakan konsert dengan lagu rancak La Diva, diikuti Bahaya dan Kau Siapa, sorakan peminat bergema seawal persembahan pertama sekali gus menandakan kerinduan mereka terhadap kumpulan ikonik era 90-an itu.
Sepanjang dua jam berlangsung, penonton bukan sahaja dihiburkan dengan lagu-lagu popular Elite, malah turut terhibur dengan gelagat lucu dan bersahaja lima anggotanya iaitu Abby Abadi, Linda Rafar, Watie Sadali, Sasha Saidin dan Azza Zawari.

Elite imbau kembali sejarah penyatuan kumpulannya.






