PENYANYI Naqiu mendedahkan pernah berdepan dengan seorang pengajur acara yang hanya memberi janji kosong untuk mengadakan konsert kumpulan Boboy.
Naqiu atau Wan Naqiudin Mohd Najib, 38, dia mula berjumpa individu berkenaan pada penghujung tahun 2021 namun selepas beberapa kali pertemuan konsert yang dijanjikan tetap tidak terlaksana.
“Rasanya saya hanya jumpa dia dan buat kemunculan percuma. Dah banyak kali berjumpa dan beberapa tarikh dicadangkan, namun semua tidak menjadi.

Naqiu teruja sekiranya ada pihak mahu menganjurkan konsert Boboy.






