PELAKON Puteri Aishah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang berbadan dua.
Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 30, yang sedang bercuti di Seoul, Korea Selatan membuat pengumuman tersebut secara ringkas di Instagram miliknya.
“Rama-rama yang dia beri pada saya bertukar menjadi kaki kecil,” katanya.

Aishah dan suami membuat pengumuman itu ketika sedang bercuti di Korea Selatan.





