SERING berkongsi gambar bersama, ramai dalam kalangan peminat mula menganggap pelakon Amir Ahnaf dan Anna Jobling kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.
Menafikan dakwaan berkenaan, kata Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 24, dia dan aktres berkenaan hanyalah sahabat baik selepas mereka sama-sama terlibat dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.
Malah tindakan berkongsi gambar berdua di media sosial disifatkan sebagai bentuk promosi lakonan mereka berdua.