PENYANYI Noraniza Idris berkongsi pendapat penggunaan teknik kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu terutama karya bergenre irama Malaysia adalah tidak wajar diamalkan.
Bagi Noraniza, 58, seseorang penyanyi seharusnya mendapatkan khidmat individu berpengalaman dalam penghasilan muzik bagi memperolehi karya yang berkualiti.
“Lagu tradisional janganlah guna AI. Ramai komposer dan arranger hebat di Malaysia. Kena rajin cari,” katanya dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.

Noraniza yakin idea asli komposer mampu memberi jiwa terhadap sesebuah karya.






