Hiburan

K.O.I tak fikir nak menang AJL40, gigih potong 200,000 cebisan kertas bertulis mesej untuk penonton

MENYEDARI lagu Tiwikarma antara karya yang menjadi pilihan ramai, kumpulan K.O.I bagaimanapun tidak meletakkan sebarang harapan untuk merangkul gelaran pemenang di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung pada malam Sabtu.

Menurut salah seorang anggotanya iaitu Mya, apa yang penting bagi mereka adalah memberikan persembahan terbaik untuk menyampaikan mesej dalam lagu tersebut selain menghiburkan peminat yang hadir di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Dalam beberapa minggu ini ada lihat orang sudah mula bercakap. Ia sedikit sebanyak memberi tekanan juga kepada kami, namun semua itu kami tolak tepi dan tak fikir untuk menang.

K.O.I mahu sampai mesej dalam lagu buat peminat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh