BERTINDAK sebagai ketua juri, pengarah muzik Datuk Acis memberitahu kemenangan lagu Tiwikarma sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) adalah pilihan yang tepat.
Menurut Acis, lagu kumpulan K.O.I itu melengkapi kriteria pemilihan yang dicari oleh barisan juri selain cara persembahan mereka melayakkan kumpulan tersebut diangkat sebagai pemenang.
Bahkan katanya, kemunculan kumpulan tersebut juga tidak pernah dianggap sebagai ‘underdog’ meskipun pertama kali bersaing di pentas AJL40.

Lagu Tiwikarma membawa mesej yang cukup mendalam.






