Hiburan

KLP48 rai ulang tahun pertama dengan konsert istimewa, Ismail Izzani antara artis jemputan

SEMPENA meraikan ulang tahun pertama, kumpulan pop dari Kuala Lumpur iaitu KLP48 bakal menganjurkan konsert istimewa, ‘Bloom’ yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Ogos ini.

Konsert yang dianjurkan oleh 48 Entertainment Sdn Bhd ini menampilkan persembahan bertenaga serta tarian koreografi barisan anggota KLP48 yang terdiri daripada 13 ahli merangkumi tujuh warga Malaysia, 4 dari Jepun, manakala dua orang lagi dari Indonesia dan Hong Kong.

KLP48 kini sedang giat menjalani latihan intensif termasuk latihan vokal, koreografi serta perbincangan kreatif demi memastikan peminat berpuas hati dengan persembahan yang bakal dibuat.

Konsert Bloom bakal berlangsung pada 16 Ogos ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%