SELEPAS tiga minggu menimang cahaya mata, pelakon Remy Ishak akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya itu.
Remy atau Mohamaad Zalimei Ishak, 41, bersama isterinya iaitu Ezza Yusof sepakat memilih nama Tuah Alam buat anak pertama mereka itu.
Kata Remy, sejak bujang lagi dia mempunyai impian untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.