BUKAN ingin meraih perhatian ramai, penyanyi Siti Nordiana memaklumkan dia sekadar menjawab pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui kisah percintaanya bersama Allahyarham Achik Spin pada zaman remaja.
Siti Nordiana, 39, atau mesra disapa sebagai Nana berkata kisah percintaan dia bersama vokalis kumpulan Spin itu pernah dikongsi di dalam buku tulisannya.
“Saya dah lama kongsi kisah itu. Sebenarnya saya ada buku bertajuk Life Goes On. Murah saja boleh beli lepas ini.

Siti Nordiana sudah lama kongsi kisah cinta monyet.






