PESERTA program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Kim Khairii akhirnya mendedahkan status dirinya yang sudah berumah tangga.
Enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangganya, Kim atau nama sebenarnya Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, 23, berkata dia mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dan memilih untuk merahsiakan perkara itu demi menjaga privasi keluarga.
"Betul saya dah kahwin. Saya sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Kim memilih untuk menjaga privasi isteri dan anak.







