PENYAMPAI radio, Kieran menegur cara penyampaian segelintir penyampai baharu yang didakwa gemar membahasakan diri seperti aku, kau dan korang ketika bersiaran.
Kieran atau Maskiran Jakiran, 51, berkata penggunaan bahasa sedemikian kurang sesuai untuk siaran radio kerana tugas penyampai bukan sekadar berbual dengan rakan penyampai di studio, sebaliknya turut berkomunikasi dengan pendengar.
Kata Kieran, dia pernah menegur situasi satu ketika dahulu namun menerima respons sinis oleh seorang penyampai radio.

Perkongsian Kieran yang dimuat naik di Threads miliknya.





