KEMPEN berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila ahli politik yang juga penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).
Pertama kali tercalon, ini juga merupakan pencapaian terbaik Khairy atau mesra disapa KJ yang baru beralih arah dari dunia politik ke bidang penyiaran.
Edisi ke-36 ABPBH juga bakal memperlihatkan KJ berentap dengan empat lagi calon bagi merebut trofi Penyampai Radio Popular iaitu Haiza (Kool FM), DJ Sonic (Nasional FM) dan Tyzo (Ikim FM).

Antara calon bertanding.






