BAGAI menepati ramalan, personaliti media sosial Khairul Amin muncul sebagai penerima trofi Creator of the Year pada Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.
Kemenangan tersebut sudah dijangka sebelum ini selepas Khairul atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, mendapat undian mencecah sejuta sepanjang tempoh mengundi yang ditutup pada 26 Ogos lalu.
Tidak hanya dikenali sebagai personaliti yang popular menerusi kandungan masakan, Khairul juga merupakan seorang usahawan produk makanan yang berjaya.