SELEPAS tiga tahun dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dikatakan telah melepaskan jawatan itu.
Difahamkan, tarikh akhir perkhidmatannya di agensi penyiaran terbabit akan berakhir pada 22 Februari depan.
Sumber memberitahu mStar, majlis perpisahan Suhaimi telah diaturkan bagi menghargai sumbangannya selama menerajui jabatan tersebut.

Suhaimi sudah tiga tahun dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.




