Hiburan

Ketumbuhan pada tulang belikat makin membesar, Shahronizam jalani pembedahan tumor hari ini

PELAKON Shahronizam Noor terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami ketumbuhan pada bahagian tulang belikat atau ligamen skapula.

Perkara itu dimaklumkan isterinya iaitu penyanyi dan aktres Safura Ya’cob yang memberitahu prosedur tersebut perlu dilakukan selepas mendapat nasihat doktor disebabkan tumor yang semakin membesar.

“Sejak dua bulan lalu kami sudah dapat tahu tentang ketumbuhan ini dan selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor pakar, suami dinasihatkan untuk jalani pembedahan.

Safura sebelum ini berkongsi masalah tumor yang dihidapi suaminya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh