PELAKON Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia pernah berdepan fasa kemurungan yang amat teruk sewaktu melalui proses perceraian bersama bekas isterinya, Noor Nabila pada 2020.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 41, berkata, emosi dan tekanan jiwa yang dialami ketika itu berada pada tahap terendah.
"Ketika itu saya dalam proses perceraian. Saya sangat ‘down’ dan boleh cakap saya berada dalam keadaan yang sangat murung.

Sharnaaz sentiasa percaya dengan aturan Allah.






