SEJAK kebelakangan ini kes berkaitan dadah melibatkan pelawak menjadi topik hangat netizen di media sosial.
Menyedari isu panas itu, pelawak Atu Zero mengakui kejadian itu sedikit sebanyak menjejaskan profesion berkenaan di mata khalayak.
Pernah bergaul dengan penagih dadah ketika di usia muda, Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 33, bagaimanapun enggan terjebak dengan perbuatan berkenaan kerana menyedari dirinya sebagai seorang selebriti yang menjadi contoh masyarakat.

Atu nasihat supaya jauhi najis dadah.






