ISU dakwaan buli yang menimpa anak kepada pelakon Ako Mustapha iaitu Mikael Iskandar Mustapha nampaknya mendapat perhatian serius daripada kementerian.
Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, memaklumkan bahawa Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan mengadakan satu pertemuan khas dijadualkan berlangsung pada Khamis.
Menurut Ako, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan kementerian untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian yang didakwa melibatkan lima orang pelajar sekolah itu.

Aqo berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Aqo dedahkan anaknya pernah menajdi mangsa buli. 



