PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memilih untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM220,000 kepada pendakwah, Ebit Lew, susulan kes saman fitnah yang difailkan tiga tahun lalu.
Caprice atau Ariz Ramli, 40, berkata terdapat dua kes yang melibatkan dirinya dan Ebit, termasuk saman yang difailkan pendakwah itu serta saman balas berhubung dakwaan dia menepis tangan Ebit ketika berada di Mesir.
“Kes ini ada dua perkara, satu dia (Ebit) saman saya, lagi satu saya balas semula saman fasal kes tuduhan tepis tangan dia sewaktu di Mesir.






