MENYEDARI cadangan pelaksanaan had maksimum 12 jam bekerja kembali menjadi bahan bualan dalam kalangan penggiat seni, penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam berharap perkara tersebut tidak dilaksanakan secara ketat sehingga menyukarkan operasi produksi.
Yusof atau Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 72, berkata dia tidak menolak usaha menjaga kebajikan penggiat seni, namun berpendapat industri kreatif mempunyai cabaran tersendiri yang memerlukan pendekatan lebih fleksibel.
Namun dia percaya aduan segelintir individu mengenai tempoh bekerja yang panjang tidak mewakili keseluruhan suara warga produksi.

Yusof percaya setiap keputusan di lokasi penggambaran dilakukan bersama.






