DEEJAY Hot FM, Khairy Jamaluddin tetap akan kembali ke dunia politik walaupun sudah menang trofi Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).
Khairy atau mesra disapa KJ, 48, berkata, industri hiburan hanyalah persinggahan sementara menunggu masa sesuai untuk kembali aktif dalam bidang politik.
“Dunia baharu ni saya singgah sekejap sahaja, mungkin bila tiba masa sesuai saya akan kembali ke alam semula jadi saya (dunia politik).

KJ gembira selepas berjaya merangkul Penyampai Radio Popular di ABPBH36.






