KERETA milik pelawak dan usahawan Shuib dilaporkan hilang di Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, kereja jenis Toyota CHR warna kuning didakwa hilang sewaktu dia sedang menyelesaikan urusan di Mahkamah Shah Alam.
“Tadi urusan di Mahkamah Shah Alam, lepas urusan nak balik kereta Toyota CHR kuning QLE 9949 hilang,” katanya.

Shuib berkongsi foto kereta miliknya yang dipercayai hilang.





