DISIPLIN dan gaya hidup sihat merupakan rahsia pelakon Henley Hii mengekalkan kecergasan dan kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 40-an.
Henley atau Hsu Pi Wen, 40, berkata, rahsia utamanya kekal aktif dan awet muda adalah dengan melakukan rutin puasa secara jangka panjang.
Menurut Henley, amalam berpuasa bukan sahaja membantu kecergasan, malah menjadikan tubuhnya bersedia untuk menghadapi cabaran beraksi dalam filem Legasi: Bomba The Movie.

Henley berkongsi cabaran berlakon filem aksi.






