SEORANG wanita yang juga rakan baik Alif Hadi menyangkal dakwaan dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor tersebut.
Raja Faraa, 43, sebaliknya menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sebagai sahabat dan rakan sekerja walaupun sering memuat naik foto dan video bersama di media sosial.
Faraa bagaimanapun tidak menafikan dia antara sahabat sentiasa ada di sisi Alif ketika aktor tersebut sedang patah hati selepas percintaan dengan pelakon Yasmin Hani berakhir dengan perpisahan.
Alif dan Faraa hanya kawan baik.