PENAMPILAN dan pemilihan gaya ringkas penyanyi Aina Abdul sepanjang Ramadan nampaknya diterima baik peminat.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, juga gembira membaca komen peminat walaupun ada di antara mereka berseloroh mengatakan dia ‘cuti’ daripada menggayakan busana luar kotak.

Aina tampil bersederhana sepanjang Ramadan ini.
“Bulan ini ramai cakap Aina Abdul cuti. Sejujurnya saya gembira membaca reaksi semua tentang penampilan saya, baik yang okay ataupun tidak.





