PELAKON Amyza Aznan meluahkan rasa buntu mengenai masalah kesihatan anaknya, Adrian Adam yang sebelum ini disahkan menghidap kanser sarkoma atau kanser tulang.
Amyza, 50, berkata Adrian sekali lagi menjalani ujian bagi mengenal pasti jenis kanser yang dihidapinya selepas bengkak pada kaki anaknya itu tidak surut walaupun sudah menerima rawatan.
"Keputusan ujian tidak menunjukkan kanser tulang. Kami buntu dan berteka-teki mengenai kanser yang menyerang anak saya.

Keadaan kaki Adrian yang membangkak.






