SUAMI kepada usahawan sensasi Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad didakwa dirasuk ketika menjalani penggambaran program Night Walk terbitan MBK Filem Studio.
Menerusi rakaman video tular di media sosial, suami Rozita dilihat berada dalam keadaan tidak terkawal dan mengeluarkan kata-kata yang mencetuskan kebimbangan ramai.
“Kenapa masuk kawasan aku? Kenapa ganggu tempat aku?,” katanya dalam rakaman berkenaan.

Episod Night Walk bersama Rozita terpaksa dipadam.




